SEJARAH NUTP

Sejarah perkembangan Kesatuan Guru-guru di negara ini pada awalnya didorong oleh penubuhan kesatuan-kesatuan sekerja selepas Perang Dunia Kedua. Pada awal tahun 1920-an, guru-guru sekolah Inggeris di beberapa negeri telah menubuhkan persatuan guru-guru untuk sekolah-sekolah rendah yang bertujuan untuk kegiatan sosial. Ini disusuli oleh penubuhan MTA (Malayan Teachers Association) yang terdiri daripada persatuan-persatuan guru dari beberapa buah negeri yang memperjuangkan kepentingan profesion, sosial dan ekonomi kaum guru. Pembentukan MTF (Malaya Teachers' Federation) pada 1946 yang dianggotai kesatuan guru dari negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan,Pahang, Selangor, Perak ,Pulau Pinang dan Singapura telah memperlihatkan keperluan untuk menyatukan kesatuan-kesatuan guru di semua negeri tersebut di bawah naungan satu payung besar.

Pada 12-9-1947, 16 perwakilan dari 6 buah kesatuan guru telah bertemu di Kuala Lumpur untuk menubuhkan MTU (Malayan Teachers' Union) yang mana lidah rasminya dikenali sebagai The Malayan Educator. Walau bagaimanapun, MTU hanya kekal selama 2 tahun kerana pendaftarannya telah ditolak akibat pindaan Enakmen Kesatuan Sekerja. Usaha untuk menubuhkan PMTU (Pan- Malayan Teachers' Union) yang termasuk STU (Singapore Teachers'Union) juga menemui kebuntuan kerana bercanggah dengan Ordinan Kesatuan Sekerja 1940. Akhirnya pada 1951, MTU yang baru ditubuhkan di Kuala Lumpur tanpa dianggotai STU. Namun , MTU hanya merupakan Persekutuan Kesatuan- kesatuan guru yang tidak mempunyai keahlian guru-guru secara langsung. Oleh itu, adalah dirasakan amat perlu untuk menubuhkan satu kesatuan guru tunggal yang dianggotai guru-guru secara langsung . Desakan itu telah membuka satu lembaran baru dalam kesatuan guru dengan terbentuknya NUT(National Union of Teachers ) pada 1954. NUT ketika itu dianggotai 9 buah kesatuan guru negeri dan beribu pejabat di Jalan Mandalay Pulau Pinang . Ibu pejabat NUT kemudiannya telah berpindah ke Kuala Lumpur pada 1959. Seterusnya, lidah rasmi MTU, The Malayan Educator telah diambilalih oleh NUT. Pada 1954, Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan (KKGSK) juga didaftarkan.

Pada Februari 1967, NUT dan KKGSK ( Kesatuan Kebangasaan Guru Sekolah Kebangsaan) telah bersetuju untuk mengambil inisiatif ke arah pembentukan satu kesatuan untuk semua guru di Malaysia. Atas persefahaman itu, maka lahirlah PERGURUAN iaitu Alliance of Malaysian Teachers' Unions (AMTU). Seterusnya pada 1969, atas inisiatif MTUC , The Alliance of Teachers of Malaysia (ATOM) telah ditubuhkan. Pada 3-8-1972, rancangan NUT, KKGSK dan DTC Union (Daily Training College/Centre) untuk mengadakan Persidangan Perwakilan di Kuala Lumpur menguatkan lagi uasaha ke arah penyatuan kesatuan-kesatuan guru. Impian ini telah direalisasikan dengan pengumuman KKGSK dan NUT untuk bergabung menjadi satu kesatuan guru tunggal yang raksasa. Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran maka akhirnya lahirlah NUTP (National Union of Teaching Profession) atau dikenali sebagai KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan). NUTP telah berjaya didaftarkan pada Januari 1974 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dewasa ini, NUTP (KPPK) merupakan pelepor pembela nasib kaum guru yang semakin mantap dan berwawasan.

SEJARAH NUTP  KEDAH
KPPK Cawangan Kedah selalu aktif dalam perjuangan hak-hak kaum guru sejak tahun 1974 lagi. Cawangan ini telah mengadakan mensyuarat Agong Ke-Dua pada 24 May 1975 di Foo Chow Association, Alor Setar dan di rasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Kedah. Seramai 74 orang ahli dari 500 ahli telah menghadiri mesyuarat terbut yang disaksikan oleh Encik Aloysius Matthew iaitu Setiausaha Agong KPPK.

Lokasi Pejabat:

1. No.128-C, Kompleks Alor Setar, Lebuhraya Darul Aman, 05100 Alor Setar.
2. 25, Lengkok Cempaka 1, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Kini dibawah pimpinan Pegawai-pegawai yang berkaliber, keahlian cawangan ini telah melepasi angka 13,500 iaitu sebanyak 10,312 orang seperti pada 31 Nov 2007. Mereka dibantu oleh empat orang kerani tetap.

Bil.        Nama        Pengerusi   NUTP Kedah                Tahun        

1        Sdr. Cheah Swee Lee                                1974 - 1977

2        Sdr. Haris Fadzillah bin Mustaffa                1977 - 1983

3        Sdr. P. Solomon                                        1983 - 1989

4        Sdr. G. Veeriah                                        1989 - 1993

5        Sdr. Abdul Manap b. Hj. Ahmad, BKM.        1993 - 1997

6        Sdr. Tn Hj. Kamaruddin b. Idris, BCK        1997 - 4.3.1999

7        Sdr. Othman b. Hamid, BKM                        4.3.2000 - sekarang


Bil.        Nama        Setiausaha NUTP Kedah                Tahun

1        Sdr. Teh Tean Chee                                1974 - 1975

2        Sdr. Ronny Ung                                     1975 - 1981

3        Sdr. Tan Ban King, PJK                        1981 - 1983

4        Sdr. Tham Ah Bah                                1983 - 1987

5        Sdr. Lim Cheng Uo, KMN.BKM                        1987 - 2006

6.        Sdr. Wang Heng Suan, BKM                  2006 - sekarang        


Bil.        Name        Bendahari  NUTP Kedah                        Tahun

1        Sdr. Tan Chik Fang                                1974 - 1981

2        Sdr. Andrew Luxman                                  1981 - 1985

3        Sdr. Lee Kuat Chai, PJK                        1985 - 1997

4        Sdr. Lok Kin Hong , BKM, PJK                1997 - 2007

5.        Sdr. Ang Cheng Chooi , BKM, PJK        2007 - sekarang