Adalah wajar bagi semua guru menjadi ahli KPPK untuk memperkuatkan perjuangan profesion bagi memperolehi serta menikmati pelbagai faedah. Penyertaan anda sebagai ahli KPPK dapat bersama-sama membinanya sebagai kesatuan keguruan kebangsaan dan antarabangsa yang ulung bagi meningkatkan martabat kaum guru dan pengaruh profesion keguruan.

Keanggotaannya terbuka kepada kepada semua guru tanpa mengira taraf, kelulusan, keturunan, agama, aliran latihan atau pegangan politik.

Mengapakah lebih 100,000 orang guru menyertai NUTP?
Kerana NUTP merupakan:
    * Kesatuan Sekerja TERBESAR di Malaysia
    * Kesatuan Guru yang tunggal dalam CEUPACS
    * Pengasas ASEAN Convention of Teachers (ACT)
    * Mempunyai Pejabat KPPK di semua Negeri
    * Menjawab semua pertanyaan, masalah ahli dalam 24 jam melalui emel
    * 50 kakitangan penuh masa KPPK yang terlatih dan cekap
    * Mempunyai wakil dalam MTEN, MAPEN dan KWSP
    * Mempunyai harta tetap nernilai RM3.9 juta
    * Pemimpin-pemimpin yang komited

FAEDAH-FAEDAH KEPADA AHLI
NUTP sedia memberi bantuan dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti:
    * Perlantikan
    * Pengesahan jawatan
    * Kenaikan Pangkat
    * Pertukaran
    * Gaji
    * Cuti
    * Pencen
   
NUTP juga menyediakan:
    * Insurans Kelompok
    * Koperasi KPPK Berhad
    * Tagung Khairat Kematian
    * Pusat Maklumat
   
Kejayaan NUTP
NUTP telah berjaya mendapat, antara lain, kemudahan asas bagi kaum guru hasil daripada tindakan perusahaan Historic Strike oleh NUT pada tahun 1965-1967. Kemudahan asas yang dimaksudkan adalah seperti :
    * Jawatan tetap dan berpencen
    * Perumahan
    * Perubatan

Apakah lagi Kejayaan-kejayaan NUTP?
    * Mencantumkan ratusan skim gaji guru kepada dua skim
    * Memberikan status tetap untuk guru wanita
    * Pengiktirafan untuk kaum guru - Hari Guru
    * Peningkatan status guru dari Kumpulan C kepada Kumpulan B
    * Berjuang bersama CUEPACS untuk pelarasan gaji bagi semua kakitangan kerajaan
    * Mendapatkan gaji yang sama bagi guru siswazah seperti siswazah dalam perkhidmatan yang lain
    * Menambahkan peluang kenikan pangkat untuk guru seperti 'Timebased' dan 'Guru Cemerlang'
    * Kadar ganjaran dinaikkan dari 5% kepada 7.5%
    * Menentukan kadar imbuhan perumahan dan keraian
    * Memperbaiki nisbah guru/murid
    * Meningkatkan bilangan guru yang dapat peluang masuk ke unversiti
    * Hal cuti sambilan dan cuti bersalin
    * Kelonggaran syarat Bahasa Melayu
    * Hadiah Pengerakan Gaji (HPG)
    * Bonus Tahunan
    * Skim PPP Lepasan Diploma
    * Laporan Tan Sri Rahman Arshad
    * Kejanggalan dalam Perkhidmatan
    * Kes Disiplin Guru
    * Bebanan Tugas
    * Persengketaan dengan Pihak Atasan
    * Kebajikan Guru
    * Bantuan guaman dan khidmat nasihat
* Majalah Guru Malaysia
* Menganjur seminar, taklimat, kursus, bengkel dan lawatan sambil belajar
* Pariti Gaji
* Gaji sama bagi guru wanita
free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
MENGAPA PERLU MENYERTAI NUTP?
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 08.06.2024